3 Hari Lipas Dalam Telinga, Sembur Racun Perosak Nak Keluarkan

Oleh: Aimi Nordin Sumber: Metro & Sinar Harian
Tak boleh bayangkan seekor lipas ada dalam telinga kita yang kecil lubangnya ni. Seorang lelaki buntu selepas 3 hari seekor lipas ada di dalam telinganya. Akhirnya, dia bertindak menyembur racun perosak ke dalam telinganya dengan harapan lipas tersebut akan keluar.
Bagaimanapun, ianya menjadi lebih teruk apabila lipas tersebut mati dan terperangkap di dalam telinganya dan menyebabkan telinganya membengkak akibat bahan kimia yang terdapat dalam racun perosak tersebut. Dia akhirnya ke hospital untuk membuang lipas itu dan doktor menjelaskan lipas mencari tempat panas untuk berlindung ketika musim sejuk dan telinga adalah tempat yang sesuai.
No comments:
Post a Comment