Pengalaman Internship Suasana Kerja Sebenar

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..
Lama tidak bersua dengan penulisan blog daripada blog ini.hahaha. Untuk Blog kali ini saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman internship/praktikal saya sendiri di sebuah syarikat.
Bukan ada apa yang menarik yang perlu saya kongsikan namun ada benda yang saya ingin bercerita sembang kosong, kalau ade manfaat tu okaylah..hahaha.(macam buang masa korang baca blog ni).
Saya sebagai pelajar tahun akhir dan sem akhir ijazah sarjana muda Teknologi Media perlu menjalani latihan industri untuk melayakkan diri ke graduasi.
Saya telah membuat keputusan untuk menerima latihan industri di sebuah syarikat pembuat produk dia Selangor. Syarikat yang sudah agak lama bertahan dalam arena pembuatan produk OEM dan penghasilan produk terutamanya produk kecantikan dan penjagaan kesihatan.
Saya berjurusan Media dan menuntut ilmu berkaitan dengan pemasaran dan periklanan.
Ok... walaupun belajar dalam bidang sedemikian, saya banyak terlibat dalam reka bentuk grafik dan banyak memainkan peranan dalam seni tersebut. Oleh hal yang demikian, sesampainya saya di syarikat tempat saya intern, saya terus dilantik untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan Advertising Graphic design..haha.dijadikan cerita, saya punya expectation lain, saya fikir saya ni intern hanya perlu menjaga mesin fotostat atau mengemas office, namun tidak sama sekali apabila anda berpeluang intern disebuah syarikat yang benar-benar ingin memberi peluang pengalaman kepada saya.
sebagai intership di syarikat tersebut, dalam syarat universiti, tempoh latihan industri perlu dijani ialah selama 4 bulan. Pekerja dan staf di tempat intern tersebut adalah semua hebat2 hebat belaka.
kalau pasal suasana kerja di ofis sememangnya agak sibuk dan banyak tanggungjawab komitmen kepada tugas kerja masing-masing. Intership disediakan elaun ya.. korang kalau nak intern cari lah yang ada elaun sebab memang adanya elaun bermaksud betul2 kena buat kerja( pandangan sy jela)..
ada juga syarikat lain yang benar2 benar kita intern kena buat kerja namun tidak disediakan elaun..itu haruslah pandai2 korang fkir sendri semasa pemilihan tempat industri.
Di syarikat pembuat produk ini. saya di sememangnya agak sibuk dan kerja ikut waktu office hour.
tanggungjawab kerja yang saya kena buat ialah:

a) Berkomunikasi dengan baik.
komunikasi sangat penting, bahasa badan perlu dijaga sentiasa muka polite and manis. oleh kerana itu kita sentiasa bersama client untuk meeting dan brurusan. saya semamangnya sbg designer semestinya kerap berkomunikasi dengan customer syarikat. Komunikasi dengan staf2 pun penting untuk bertanya dan sebagainya nya. cipta hubungan yang baik antara satu sama lain la..jgn jadi sombong..nanti kena laa.fhm2 la.

b) Mengawal emosi
haa, ni kalau metal koyak jangan ditunjukkan, sememangnya kerja agak stress dan mendesak kita mengejar due time submit kerja kepada bos atau client.haha..jangan mencarut.stay positif.
korang kena sentiasa cool dan buat kerja..kalau kena marah tu kena sabar lah.. kerja kan.. tapi diorang tak marah sangat terutamanya bos sbb dia tau kita intern cuma dia ingin memberi pengalaman sebenar kepada kita.. tapi kalau kena marah jugak tu, sabarlah.. dunia kerja memang mcam tu. saya sentiasa dengan client(saya design, client di seblah)..haha .mula2 agak awkward n menakutkan oleh kerana skill yang tak seberapa. namun hal ini akan memberi perasaan pengalaman kerja yang sebenar-benarnya.. tapi emosi sgt penting perlu dikawal.

c) Sentiasa peka.
Peka dengan sekeliling, sentiasa komited dengan kerja dan memahami protokol. adab dalam office perlu djaga. Berpakaian mestilah bersih dan kemas serta wangi sekadar diperlukan.haha.. ofis saya intern ni semua mengikuti protokol dan harus peka ddengan protokol. Selain itu juga, jgn lupa membantu rakan sekerja sekiranya mereka memerlukan bantuan.

d) Banyak bertanya.
Kalau kita disruh buat kerja yang kita tidak dapat buat, kita jangan memaksa diri kita buat kerja salah, kita harus terus tanya kepada staf atau senior dengan approach yang baik serta mesra, baru akan ada org nak tlg kan bila beradab.haha..tak salah banyak bertanya selagi org tu ikhlas nak menjawab.hahah.tapi jangn smapi mengganggu org plak. saya akan sentiasa tanya kalau taktahu. jgn acah tahu, nanti kena ....fhm2 la kan.hahaa..

e)Jangan berasa bagus.
hhaha. korang kalau power pun jangan brlagak bagus. sememngnya staf jauh lagi bagus lagi walaupun diorang pendidikan berbeza sebab mereka kaya dengan pengalaman, pengalaman ni sangat bernilai. sbb tu pkerja skrg nak pngalamn utk ambil kerja. korang kena tanam niat nak meraih ilmu dan pengalaman sebaik mungkin. saya ni sentiasa berwatakan tidak tahu dan sentiasa menghormati skill orang berpengalaman dan juga menurut langkah mereka apabila diberitahu. Selain itu, dalam proses kawal emosi, rehat kena cukup mase tak kerja. Nilai masa rehat sangat penting untuk menstabilkan mood yang baik.

f)Portfolio?
Portfolio tu hasil kerja kita yang telah kita buat sebagai satu paradigma untuk tunjuk pengalaman kita buat pada majikan yang akan datang sbg bahan kita memohon kerja nanti.. haaa, kalau dah intern kerja real and banyak, portfolio belambak la beb.. korang jangan lupa copy smua file hasil kerja korang dan simpal dan jadikan ia portfolio yang bakal ditunjukkan pd majikan ambil kerja nanti.
portfolio ni berfungsi tanda kita mencipta pengalaman dengan membuat hasil kerja tersebut. saya punya portfoliosaya simpan.. kalau intern tmpt xde kerja xde lah sgt portfolio.

g) Tak sempat buat report inten.
Dengan suasana kerja yang sibuk dan bekerja sebenar. tak semn\pat buat report intern utk pihak uni .hahaha. yang ni biasa.. tp student biasanya boleh siapkan kejap je..haha.Good Luck lah melatih diri kita kerja keras. sampai bila kita nak hidup dgn rilek kan, kadang kita kena jadi hyper busy demi nilai pengalaman.

h) Balik lewat dan OT.
haha.. kalau kerja tak siap..balik lah lewat..tapi jangan overtime sangat sampai tertido ofis..haha.
saya pernah balik lewat untuk siapkan kerja dan juga kerja sabtu ahad untuk kejar siapkan kerja client. Tapi majikan sememngnya bagi ganti balik cuti tersebut pada hari yang lain.hehe..
Haa, itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan kepada korang yang bakal intern dkat syarikat yang memberi pengalaman kerja yang sebenarnya.haha. satu nasihat terakhir dr sya, hati kita mesti kuat untuk menempuh hidup yang bekerjaya serta jangan mudah mengalah sebagai oranng yang berpendidikan. btw terima kasih kpd syarikat tersebut mmberi peluang utk menimba ilmu dan pengalaman yang mencabar..
No comments:
Post a Comment