Thursday, 11 March 2021

10 Langkah Mengubati Sakit Perut Secara berkesan

 

#1. Minum banyak air

Setiap kali anda cirit birit, minum sekurang-kurangnya segelas air.

Antara jenis minuman yang boleh diambil adalah seperti air kosong, jus buah-buahan atau sebarang sup yang berperasa.

Ini kerana, garam dalam minuman seperti ini membantu memperlahankan kehilangan cecair dalam tubuh dan gula pula membantu tubuh badan untuk menyerap kandungan garam.

 #2: Makan hidangan yang Sedikit

Apabila anda makan makanan dengan kuantiti yang terlalu banyak, ia akan merangsang saluran gastrousus untuk lebih aktif.

Jika keadaan ini berlaku, ia akan memburukkan lagi keadaan cirit birit yang sedang anda alami. Oleh itu, anda boleh cuba untuk makan hidangan makanan yang lebih kecil selepas ini.

Ia membantu perut anda untuk lebih mudah memproses makanan. 

#3. Elakkan minuman terlalu panas atau terlalu sejuk

Jika anda ingin mengambil sebarang minuman, elakkan daripada minum minuman dengan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

Minumlah minuman dengan suhu bilik atau sedikit suam. Minuman yang terlalu panas atau sejuk hanya akan menambahkan rasa loya atau mual.

#4. Elakkan makanan bergoreng

Jika anda ingin makan daging, ikan mahupun ayam, adalah lebih baik jika anda memasaknya dengan kaedah memanggang atau merebus.

Elakkan daripada menggoreng kerana makanan berminyak hanya akan memburukkan keadaan cirit birit yang dialami.

#5. Jangan minum minuman berkafein atau beralkohol

Tahukah anda minuman yang mempunyai kandungan kafein atau alkohol hanya akan memburukkan lagi cirit birit anda.

Ini kerana kafein dan alkohol boleh melawaskan saluran pencernaan dalam tubuh anda.

#6. Makan makanan untuk cirit birit: makanan BRAT

Ubat sakit perut cirit birit lain yang mudah untuk dilakukan di rumah adalah dengan mengambil makanan-makanan BRAT.

Makanan BRAT adalah jenis makanan yang rendah kandungan serat yang boleh membantu mengeraskan najis anda.

Makanan BRAT ialah pisang (bananas), nasi putih (rice), sos epal (applesauce) dan juga roti (toast).

#8. Makan ketika berasa lapar

Ubat sakit perut cirit birit ke-8 adalah makan apabila perut berasa lapar.

Jangan sesekali memaksa tubuh anda untuk makan ketika perut tidak lapar. Ini kerana ia hanya akan memburukkan simptom cirit birit anda.

Makan mengikut keperluan tubuh anda sahaja dan jangan makan secara berlebihan.

#9. Jangan makan buah-buahan atau sayuran yang boleh menyebabkan kembung perut

Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang boleh meningkatkan jumlah gas usus jika anda memakannya semasa cirit birit.

Jika gas usus meningkat, maka cirit birit yang dialami hanya akan bertambah buruk.

Antara makanan yang boleh menyebabkan kembung perut ialah buah prun, beri, kekacang, kacang pis, brokoli, jagung dan sayuran berdaun hijau. 

#10. Dapatkan ubat-ubatan hospital dan Rawatan Doktor

Sekiranya sakit perut anda berlarutan, anda harus mengambil ubat sakit perut yang diiktiraf oleh pakar kesihatan , selain itu kena jumpa doktor untuk rawatan lebih efektif. 

div id="SC_TBlock_260349"></div>
Put this part of the code at the end of HTML doc to avoid delays while your main content is being loaded

<script type="text/javascript">
(sc_adv_out = window.sc_adv_out || []).push({
    id: 260349,
    domain: "n.ads5-adnow.com",
});
</script>
<script type="text/javascript" src="//st-n.ads5-adnow.com/js/

No comments:

Post a Comment