Murtabak Keju Makanan Terbaru Kuala Kangsar

Murtabak keju atau dikenali sebagai murtabak cheese adalah perkara biasa tetapi ia merupakan perkara baru di Kuala Kangsar, Perak.
BACA: 20 Rempah Rahsia Buat Murtabak Ferry Makin Laris
BACA: 20 Rempah Rahsia Buat Murtabak Ferry Makin Laris
Oleh kerana sedar tentang perkara itu, sepasang suami isteri mengambil keputusan untuk mengusahakan perniagaan murtabak keju di Bandar Diraja Kuala Kangsar dengan tujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang makanan ala barat.

Asrul Sani Zainun, 42, dan isterinya Nor Hasidah Zaman, 31, telah membuka gerai murtabak itu sejak tiga tahun yang lalu dan membuka gerai berdekatan Stesen Bas Kuala Kangsar.
Jom kita lihat apakah perkara menarik tentang murtabak keju di gerai Asrul dan isterinya ini.
1. Murtabak keju disertakan sekali dengan sup cendawan, sos jalapeno berserta coleslow.
2. Berbeza dengan murtabak biasa, murtabak di gerai Asrul ini dicicah bersama sos jalapeno.

3. Keju mozzarella dan digunakan nanchos digunakan sebagai isi murtabak.
4. Setiap hari 100 keping murtabak akan habis terjual kerana ia menarik perhatian ramai orang.

5. Bercadang untuk menambah menu murtabak kambing keju dan kebab gulung tortilla pada masa hadapan.
6. Harga murtabak yang dijual bermula daripada RM3 sekeping sehingga RM14, bergantung pada saiz.
7. Orang ramai memberi respon yang baik tentang murtabak keju yang dijual oleh Asrul dan isterinya.

Kredit: Vitdaily( Padu Beb)
No comments:
Post a Comment