Pelbagai Kaedah Untuk Hidup Dalam Banjir

Pernah mempunyai pengalaman kedai runcitnya tenggelam dan barang jualan dihanyutkan banjir pada tahun 2013 telah membuatkan seorang peniaga kedai runcit di Kemaman berfikir idea kreatif dengan membuat sebuah kedai runcit terapung.

Abdul Majid Ngah, 61, memberitahu Bernama ketika banjir pada tahun 2013 seluruh kedai runcitnya telah mengalami kerugian besar apabila banjir menenggelamkan kedai runcitnya sehingga paras bumbung.
Oleh itu pada awal 2014, beliau mengeluarkan belanja hampir RM5,000 untuk membina sebuah kedai runcit terapung dengan menggunakan 50 tong dram dan juga papan yang terletak di Kampung Seberang Tayor.
“Saya bina kedai ini awal tahun 2014… setiap tahun, bila tiba musim monsun dan air sungai mula naik, saya akan pindahkan barang dari kedai asal ke kedai terapung ini.
“Masa banjir, kedai saya satu-satunya yang dibuka… dapatlah saya bantu orang kampung untuk mendapatkan barangan keperluan. Penduduk hanya datang dengan bot dan mereka boleh parkir bot di tepi kedai untuk memilih barang-barang yang mereka perlukan,” ujarnya ketika ditemui.
Kedai runcit terapung yang dibina Abdul Majid itu juga lengkap dengan ruangan untuk keluarga dan tempat memasak dan kerana itu apabila musim banjir dia sekeluarga akan tinggal di atas kedai tersebut.
Bagi mengelakkan kedai itu dihanyutkan arus air, beliau telah mengikat kedainya itu pada sebatang pokok dan beliau berhasrat untuk membesarkan lagi kedai runcit terapungnya itu pada masa hadapan.
Para penduduk juga memberi sokongan kepada idea kreatif Abdul Majid itu kerana secara langsung ia memudahkan penduduk kampung mendapatkan bekalan barang keperluan ketika banjir.
Kredit: Vitdaily (padu Beb)
No comments:
Post a Comment