Monday, 30 January 2017

Kucing Ni Ada Kuasa Psikik, Dijual Dengan Harga RM 370, 000

Kucing Ni Ada Kuasa Psikik, Dijual Dengan Harga RM 370, 000

Jan 30, 2017


Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hanasuva 
Hanya disebabkan kucing ni dipercayai punyai kuasa psikik, ia telah dijual dengan harga £67,000 (RM370,000) kepada seorang bomoh. Kucing yang bernama Charles Utkins yang telah diwarisi oleh tuannya. 
“Pintu bilik tertutup, dan kucing itu dikurung di tempat lain. Tiba-tiba ianya muncul di dalam bilik dari belakang pintu yang tertutup, biarpun tiada siapa yang melepaskannya.
“Charles juga boleh membaca fikiran, tapi lebih teruk lagi, dia boleh merangsang fikiran dan kesemua yang ada di fikiran akan tertunai malah ianya sukar untuk ditolak.” jelas tuannya Dmitry R dari Blagoveshchensk
Bukan itu sahaja, rumahtangga sering bergaduh disebabkan Charles boleh membaca fikiran mereka.

kredit : Era.fm

Sunday, 29 January 2017

7 pasangan ditahan- MyMetro

Antara pasangan yang ditahan penguat kuasa JAIM pada serbuan di hotel bajet sekitar Melaka Tengah. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my

Melaka: Tujuh pasangan ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di lima hotel bajet di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah, di sini, awal pagi tadi.
Serbuan yang dijalankan selama empat jam bermula 11 malam hingga 3 pagi itu mensasarkan hotel bajet di sekitar Cheng, Merdeka Permai, Batu Berendam dan Durian Tunggal yang sering dijadikan pilihan pasangan bukan mahram setiap kali musim cuti.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa JAIM Noraminuddin Azis berkata, semua 14 individu berusia antara 23 hingga 53 tahun itu ditahan selepas didapati bersekedudukan di dalam bilik tanpa ikatan sah.
"Hasil pemeriksaan terdapat seorang wanita berstatus isteri orang turut ditahan apabila berada di dalam bilik bersama seorang lelaki bukan mahram.
"Apabila ditanya, pelbagai alasan diberikan antaranya mereka hanya berehat seketika, malah ada juga mendakwa dia menemani pasangan yang mengalami senggugut," katanya.
Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk Dapat 4 Flat, Dengan Mudah.

Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk Dapat 4 Flat, Dengan Mudah.

Nota Editor : Artikel ini asalnya diterbitkan di laman confession iiiumc.com dikongsikan oleh seseorang yang menggunakan nama samaran Sis charkueyteow. Jom ikuti perkongsiannya.
3264
 views
Tak tahu la samada ada orang nak baca lagi ke tak confesssion bertajuk macamni sebab confession aku ni bukanlah cerita pasal kakak ipar pemalas, isteri tak suka mandi, nenek bela saka, mahupun cerita anak kandung yang di anaktirikan oleh mak kandungnya.
Lagipun siswa siswi sekarang banyak yang berpegang dengan prinsip “eleh. Result tinggi pun lepas grad menganggur jugak. Tengok mamat tu result tak cecah 3.00 pun boleh kaya buat bisnes”. Ok la aku hormat prinsip korang so korang tak perlu la nak teruskan baca artikel ni.
Aku tulis ni bagi orang yang masih tercari-cari jalan nak mantapkan result. Ye la, bila result mantap, senang apply biasiswa, PTPTN pun tak payah bayar dan masa konvo dapat anugerah khas. Mak ayah pun bangga nak cerita kat jiran pasal result anak dia. Eh. Ohh.. rupanya ada jugak orang yang taknak semua ni eh. Aku tak rasa budak-budak dekan ni semua jenis takda leadership and self confidence. Kalau kite boleh perform time study sekaligus bila dah kerja, salah ke?
Ok. straight to the point, aku mengaku memang aku digelar budak dekan oleh classmate aku, sebab sepanjang aku belajar kat situ, selalu pointer aku above 3.6. Tapi 4 flat ni aku pernah rasa sekali je weh dan nikmat dia tu memang aku takleh nak explain. Lain perasaan bila semua subjek kau dapat A. Bila ada sorang kawan aku ni tahu yang aku dapat 4 flat, dia terus tanya aku macamana boleh dapat, siap mintak tips bagai. So sebab tu la aku tergerak hati nak share kat korang semua. biar semua orang dapat rasa nikmat 4 flat ni even sekali seumur hidup je, macam aku. hehehe..

Cara Untuk Dapatkan 4 Flat

For your info, aku ni bukanlah stok-stok budak yang bila tak paham apa lecturer ajar terus angkat tangan tanya dalam kelas. ohh no.no.no. itu bukan style aku. aku ni jenis budak yang masa lecturer mengajar kat depan aku main phone, assignment pun buat last minute, dan dalam kelas je selalu cari port kat belakang, agak-agak kalau lecturer duduk kat depan tu memang tak nampak muka aku hahaha. .
Orang selalu pandang aku dari sudut tu je dan mereka senang-senang judge aku “eh kau kan budak dekan.. main phone dalam kelas pun mesti boleh score punya..”. Manusia dengan pemikiran macamni aku mohon betulkan kepala otak korang yang senget sebelah tu sebelum teruskan baca confession ni, sebab takde orang kat dunia ni yang goyang kaki je terus 4 flat datang tergolek-golek kat bawah meja.

Tips Pertama : Makan ‘BREAKFAST’

Pelik kan. apa kaitan makan dengan belajar ? ye la.. aku perhatikan classmate aku memang kebanyakannya tak breakfast sebelum datang kelas. especially kalau kelas pagi pukul 8 pulak tu. memang tak sempat katanya. Aku tak suruh korang pergi cari roti canai ataupun nasi lemak weh.. aku tak suruh korang masak nasi goreng kampung telur mata special pagi-pagi. aku cuma bancuh air satu mug dan cicah roti atau biskut kering 2,3 keping je. setiap pagi memang tu la breakfast aku.
Penting sangat ke? yes. penting sebab bila takde makanan perut kau nak proses untuk keluarkan energy, otak kau kurang function. tak perlulah aku nak explain panjang lebar macam cikgu sains kan sebab korang dah tau benda ni. bila dah lapar, kau takkan boleh fokus dengan baik dalam kelas. aku memang main phone dalam kelas bila aku mengantuk atau boring, tapi telinga aku masih dapat tangkap apa yang lecturer ajar kat depan. sebab aku punya fokus boleh dibahagi. separuh kat game dan separuh lagi kat lecturer.
Bila lect ada sebut point penting, terus aku pause game dan catat kat buku. ada orang tu kita nampak dia pandang je ke depan dan mata memang tenung lecturer sampai tembus. tapi bile ditanya apa-apa, dia boleh cakap “eh. aku tak fokus pun tadi. tak tau pun lecturer cakap ape.” then buku dia pun tak berconteng apa-apa, kosong aje. see? tu konfem otak dah pikir makanan kat cafe.

Tips Kedua : Contact Mak Ayah.

Ok yang ni bagi yang masih ada ibu dan bapa. Bagi yang tak ada, my deep condolences. Aku pernah baca tips ni kat somewhere tapi aku lupa kat mana. Hehe. Jadi aku try amalkan. Memang sem-sem sebelum yang aku dapat dekan tu,aku jarang contact mak ayah. Tapi that sem yang aku dapat dekan tu, hampir setiap kali aku ada test or presentation, aku akan whatsapp mak aku mintak doa supaya dipermudahkan urusan.
Call pun lebih kerap. Tanya khabar.. dah breakfast ke belum.. arini masak ape.. memang tak lama berwhatsapp sebab busy tapi cukuplah kita buat mak rasa yang kita kat universiti ni masih ingatkan dia kat rumah tu. Kadang-kadang ade jugak mengadu pasal topik assignment yang lecturer bagi tu susah nak cari buku rujukannya. Alhamdulillah, makin mudah jumpa rujukan lepas dah mengadu kat mak. Hehehehe.. Doa mak ni maqbul tahu. Kalau korang nak rasa sendiri try la buat.

Tips Ketiga : ‘JANGAN’ Tidur Lepas Subuh.

Aku tahu ramai siswa siswi sekarang ada tabiat ni melalui pemerhatian aku. Masa sem-sem awal dulu aku pun terjangkit dengan wabak ni jugak sebab roomate aku pun stail tidur lepas subuh. Tapi bila aku start sem yang aku dapat dekan tu, aku try ubah tabiat tu. Jangan kata tak boleh. belom cuba belom tahu. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Aku dah berjaya buang tabiat ni sampai sekarang aku kat rumah pun, memang tak boleh nak tidur lepas subuh. Kalau aku dah tersedar dari tidur masa subuh tu, memang aku dah tak akan terlelap langsung lagi walaupun aku bergolek atas katil sejam setengah dengan mata tertutup.
Macamana aku buat? Aku tahan diri aku dari tidur. Memang susah sebab benda dah jadi kebiasaan kan.. jadi caranya aku buat benda yang menyeronokkan aku. Benda yang takkan buat aku rasa boring. Contohnya hadap laptop. Tak kira la layan movie ke, dengar lagu ke, main game ke.. tak pun kalau aku rajin aku buat revision (sebab lecturer aku banyak bagi notes online so semua dalam laptop) . Korang pilihlah aktiviti yang korang suka. Kalau pagi tu aku mengantuk sangat sebab banyak stay up minggu tu, dalam pukul 10 pagi aku akan start qadha’ tidur.
Kalau aku tak stay up banyak sangat, biasanya aku akan tidur lepas lunch dan solat zohor. benda tidur ni maybe nampak kecik, tapi percayalah, it will affect your day. Kalau dah kite start off our morning dengan tidur, mesti sepanjang hari tu rasa lesu je. Tak perlu kot aku sebut kat sini pasal rezeki banyak pada waktu pagi n so on tu sebab aku rasa ramai yang dah tahu. Tinggal nak ke taknak buat je. Nak lagi bagus pagi tu buat la solat dhuha pastu baca maathurat ke.

Terakhir : ‘JANGAN’ Tiru Kawan

Maksud tiru kat sini termasuk lah tiru jawapan masa test dan tiru assignment. Hohohooo.. tapi bukan pasal tu yang aku nak explain kat sini. Aku nak cakap pasal tiru style study. Semua orang ada cara tersendiri. Ada yang suka study tengah malam, ada yang suka study pagi-pagi. Ada yang suka suasana sunyi. Ada yang suka pasang lagu and so on. Jadi korang kena pandai identify keadaan macamana yang membolehkan korang study dengan selesa dan berkesan.
Study group or study sendiri? Bagi aku benda ni depends on subjek jugak.. kalau subjek tu perlukan kita untuk baca dan hafal semata-mata, tak perlulah kot nak buat study group. Kalau subjek yang perlukan kemahiran menyelesaikan masalah (such as matematik), maybe better kalau kite study group. Sebab kalau ada kemushkilan terus boleh tanya. Tapi beware.! Study group tu jangan sampai jadi chit chat group or lebih teruk mengumpat group. *sigh*
Aku sentuh bab ni sebab pernah sekali tu ada kawan aku yang bila tahu aku selalu dapat dean list, for the next whole sem, dia berkepit dengan aku 24jam sebab nak tiru style study aku. Sampaikan dia pinjam buku aku sebab nak tengok point2 yang aku highlight. Kadang-kadang tu aku serba salah nak pinjamkan sebab aku guna highlight tu just untuk hilangkan boring masa baca buku. Saja nak conteng buku. Bukannya aku cari point2 penting sangat pun. Tapi nak buat camana, dah orang nak pinjam and tiru apa yang aku highlight, aku bagi je la. Kang kalo tak bagi dikatanya kita ni kedekut ilmu pulak. Dan kesudahannya, that sem, memang aku dapat dekan alhamdulillah. Tapi kawan aku tadi tu aku dengar cerita tak dapat dekan pun.. Sedih kan.. rasa macam aku je yang bersalah sebab dia tiru aku.. *sob sob sob*
Satu lagi point aku nak sebut kat sini. Alang-alang dah confess ni kan.. pasal orang sekeliling selalu cakap kat aku “ko takpe la.. budak pandai.. tak payah study pun boleh jawab exam” . biasanya orang cakap macamni kat aku sebab dia nampak aku dalam kelas selalu main game dan masa dia tengah study aku layan movie. Aku senyap aje kalau ade orang cakap macam ni depan aku. Sebab dia tak tahu, lepas dia study tu dia balik bilik tidur. Tapi aku balik bilik aku bukak notes. Dia tak tahu, masa dia tengah enak tidur atas katil, aku jawab soalan lecturer bagi. Dia tak tahu, masa aku main game dalam kelas tu, telinga aku masih dapat tangkap apa yang lecturer tengah ajar kat depan. Benda ni berlaku bukan sebab aku otak genius. Tapi aku tahu cara nak direct fokus aku kemana.
Dengan syarat game yang aku main tu tak memerlukan otak untuk berfikir. Memang aku ada download stok game khas untuk main dalam kelas masa boring. Aku akan pilih game yang hanya perlu gerakkan tangan or jari je. Dengan cara tu aku dapat hilangkan mengantuk and at the same time faham apa yang lecturer ajar. Tapi cara paling terbaik semestinyalah fokus 100% kat lecturer. Aku buat benda ni time aku mengantuk or boring je. Sebab aku pikir better aku main game daripada aku tersengguk-sengguk terangguk-angguk dalam kelas tu. Sudahnya, satu benda pun tak masuk dalam kepala.
Kalau time aku mengantuk gile-gile sebab tak tidur langsung malam tu siapkan assignment, dan pagi tu kelas pukul 8 , aku akan masuk kelas berbekalkan kerepek or jajan. Makan sikit-sikit sekadar untuk hilangkan mengantuk.(antara sebab aku pilih tempat duduk kat belakang kelas so boleh cover sikit masa tengah makan) Kalau aku dah tak tahan sangat aku tidur je la. Dalam 5 ke 10 minit camtu. Pastu bila bangun tu , rasa segar sikit dan baru boleh faham apa yang lecturer ajar. At least ada la bahan yang masuk kepala aku. Better la dari aku duk fokus tahannn je mata yang layu dan berat tu tapi hakikatnya aku rasa macam lect tengah cakap bahasa alien marikh kat depan kelas.
Tu je kot perkara-perkara yang aku rase aku buat sepanjang sem aku dapat 4 flat tu. bukan dengan cara duduk di kerusi paling hadapan dan kamceng dengan lecturer je boleh dapat 4 flat. Tapi orang macam aku yang selalu duduk port belakang dan lecturer tak kenal pun boleh dapat 4flat jugak tau. Yang penting korang usaha dengan ikhlas. Niat nak cari ilmu. Bukan sekadar nak kejar sijil dean list.
Series aku cakap, that sem yang aku dapat 4 flat tu, memang subjek tough gile. Kebanyakan kawan aku result memang menjunam jatuh. Dan aku tak pernah terlintas pun nak target 4 flat. Even berharap untuk dapat dekan that sem pun aku tak berani. Tapi kuasa Allah kan.. rezeki masing-masing. Kalau korang dah usaha tapi tak berjaya jugak, maybe rezeki korang bukan untuk dapat result gempak. Maybe rezeki korang Allah bagi mudah dapat kerja… jadi tak perlu nak persoalkan kenapa dan kenapa aku masih tak dapat result cun walau dah usaha lebih dari orang lain. Percaya dan redha dengan taqdir Allah. Hidup korang pasti akan jadi lebih indah.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu”

Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu”

Formula mengira DSR

Tak mampu beli rumah

Belajar Mengira DSR Dan Anda Telah Mulakan Langkah Pertama Untuk Membeli Rumah

Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai yang tidak berani nak beli rumah terutamanya fresh graduate. Dengan jumlah gaji yang rendah menjadikan cita-cita untuk membeli rumah dianggap mustahil. Misalnya gaji sebanyak RM2,000 sebulan, mampukah untuk membeli sebuah rumah?
Kalau mampu beli rumah sekarang, kenapa ditangguhkan? Masalahnya ialah ramai antara kita bukan tak mampu, tapi tak tahu.
Pokok pangkalnya bukan pada kemampuan kewangan semata-mata, tetapi lebih kepada perancangan kita dalam menguruskan kewangan. Pepatah mengatakan “beli baju ukur di badan sendiri, beli rumah mestilah mengikut kemampuan pendapatan.”
Jadi sebaiknya kita semak Debt Service Ratio (DSR) kita terlebih dahulu, barulah kita boleh buat keputusan untuk membeli rumah.

Apa itu Debt Service Ratio (DSR)?

Debt Service Ratio (DSR) bermaksud nisbah hutang atau komitmen kewangan terhadap pendapatan kita. Dengan bahasa mudah, ianya bermaksud jumlah pendapatan seseorang digunakan untuk membayar ansuran pinjaman. “Semakin tinggi nilai DSR kita, bermakna sebahagian besar pendapatan kita adalah digunakan untuk membiayai hutang, dan ini menandakan kita akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman baru.”
Debt Service Ratio (DSR) terbahagi kepada 2 iaitu:
KomitmenPendapatan
Maklumat berkaitan jumlah komitmen boleh diperolehi daripada CCRIS
Contoh: Pinjaman kereta, peribadi, kad kredit, PTPTN
Actual income –pendapatan tetap bulanan (gaji bersih)
Side income – Contonhyan komisyen sebagai ejen insuran
Business income – Pendapatan dariapda perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
Potfolio income – Pendapatan dividen seperti unit trust, ASB
Mari kita rujuk kes dan pengiraan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Contoh kes

Aishah  bercadang untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM330,000. Anggaran instalment bulanan rumah adalah sebanyak RM1300. Jom kita kira DSR Aishah:
  • Pendapatan bersih =         RM3700 sebulan
  • Pinjaman kereta =             RM600 sebulan
  • Pinjaman peribadi =          RM300 sebulan
  • Pinjaman PTPTN =           RM150 sebulan

Formula DSR

formula dsr
63.5% adalah kurang daripada 70%, jadi Aishah layak menerima pinjaman baru dengan bayaran bulan sebanyak RM1300.
DSR hanyalah satu panduan sahaja, dan bukan jaminan yang kita akan berjaya mendapat kelulusan dari bank. Walaubagaimanapun kita harus semak dengan bank untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Dengan memahami cara untuk mengira DSR, kita boleh merancang untuk membeli rumah. Kalau tak tahu kira DSR, kita takkan tahu sama ada kita mampu atau tidak untuk beli rumah dan berapa harga rumah yang mampu kita beli.
Bila orang tanya “Awak dah beli rumah ke?” biasanya kita mesti akan jawab “Harga rumah mahal kot, mana mampu nak beli lagi.”
Adakah nak tunggu gaji kita dah besar baru kita akan berfikir tentang membeli rumah? Adakah kita yakin ketika gaji kita dah besar, harga rumah pula akan menurun? Yang pasti nilai hartanah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Bagi fresh graduate yang baru kerja dan berniat untuk beli rumah, boleh mula cari rumah yang mampu dibeli mengikut kepada pendapatan anda.

Gaji RM2000 Pun Boleh Beli Rumah

Sebagai contoh, tahun pertama anda bekerja hanya dapat gaji RM2000, sudah mampu beli rumah berharga sekitar RM100,000. Dengan gaji RM2000 tu dah layak sebenarnya nak memohon pinjaman untuk beli rumah.
Sekiranya kita bujang dan tinggal sendiri, bolehlah sewakan bilik kepada orang lain. Hasil sewa itu boleh kita gunakan untuk tampung bayaran bulanan, dan sebagai tuan rumah kita tinggal secara percuma kerana ada orang tolong bayarkan instalment rumah tersebut.
Rugi kalau lambat beli rumah. Jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang. Mula dengan mengira DSR anda.

Kredit: MajalahLabur

Anak Bijak, Berpangkat berpangkat belum tentu mahu jaga Ibu

Anak bijak, berpangkat belum tentu mahu jaga ibu

“MEMPUNYAI anak yang ramai tidak bermakna hidup kita akan dilimpahkan dengan kesenangan semasa kita sihat atau ketika kita telah tua. Kerana belum tentu 10 anak yang dilahirkan boleh menjaga kita apabila kita tua nanti atau boleh bantu kita tatkala kita susah. Kadangkala anak-anak inilah yang akan beri kita ujian maha besar ketika membesarkan mereka atau ketika kita tua nanti.
“Saya tidak bercakap memperkecilkan pengorbanan ibu dan ayah membesarkan anak-anak mereka, kerana kehadiran anak amat mereka nantikan setelah berkahwin. Malah ada suami kahwin lagi kerana inginkan zuriat yang menjadi kebanggaan mereka. Tetapi setelah anak itu lahir, belum tentu anak itu boleh membahagiakan hidup mereka, baik ketika mudanya, atau setelah tua nanti.’’ Itu cerita Shaliza dalam e-mel pendeknya dan ketika ditemui baru-baru ini.
“Apa yang saya ceritakan ini bukan bertujuan mengumpat, tetapi untuk beri kesedaran kepada ibu bapa, didiklah anak-anak lelaki dan perempuan sama rata, jangan bezakan antara mereka, khususnya antara anak bijak pandai dengan anak yang kurang pandai sambil mengharap anak yang lebih pandai dan bijak itu boleh membantu kita bila tua nanti. Sebaliknya yang tak punya harta dan tidak pandai itulah yang berkorban menjaga anda ketika tua dan nanti.
“Saya bercerita sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca semua tentang apa yang berlaku dan melihat depan mata saya sendiri betapa perbuatan membezakan anak-anak ini membawa masalah kepada diri kita apabila tua. Contoh opah saya, punyalah sayangkan anak-anak lelaki dan anak perempuan yang bijak pandai kerana mereka dapat kerja yang baik-baik serta berpangkat, sementara yang tidak bekerja dan kurang pandai ini dipinggirkan.
“Seingat saya setiap kali pergi rumah opah, dia selalu puji pakcik dan makcik yang berpangkat, berkereta besar dan suruh saya rajin belajar supaya boleh jadi macam mereka. Bila pakcik dan makcik berkahwin dan ada anak, saya adik-beradik pulak merasa dipinggirkan sebab emak ayah kami tidak ada kereta besar. Kalau bercakap dan bercerita semua tentang cucu-cucu yang kaya ini sahaja yang dapat tempat di hati opah. Sementara kami dilupakan.
“Oleh sebab saya cucu kedua daripada emak yang juga anak sulung opah, tentulah saya dapat lihat sendiri perbezaan layanan opah. Pertama kerana emak tak bekerja dan ayah tak berpangkat. Awalnya memang abang dan saya dapat perhatian opah sebab cucu sulung. Tetapi berubah setelah pakcik dan makcik ada anak masing-masing. Bukan cemburu, tetapi nak cerita pasal perbezaan layanan opah, sebab akhirnya opah sendiri kecewa tidak mendapat layanan daripada anak-anak yang berpangkat dan bijak pandai seperti yang opah harapkan.
“Opah ada lima orang anak. Emak anak sulung, tak bekerja, tiga lagi adik emak semuanya bekerja dan bergaji besar, yang bongsu lagi pandai bekerja dan duduk luar negara, maklum ‘orang minyak’. Saya masih ingat lagi kalau opah bercerita dengan jiran dan saudara mara yang datang ketika Hari Raya atau kenduri, semua tentang anak-anak opah yang pandai, pasal gaji, rumah dan kereta besar mereka. Dan saguhati serta hadiah yang mereka beri kepada opah.
“Tetapi hari berubah apabila anak-anak opah berkahwin dan kemudian ada anak sendiri. Mereka mula kurang beri perhatian dan sagu hati pada opah. Saya dapat lihat pasangan mereka mula tidak suka balik rumah opah. Kalau balik pun setahun sekali dua saja. Alasan mereka sibuk, anak-anak sekolah, tusyen, kelas tambahan, anak periksa dan pelbagai alasannya.
“Apabila anak-anak mereka semakin besar, mereka juga jarang balik rumah opah kerana aktiviti seperti kelas muzik, sukan dan hal peribadi. Opah dan atuk semakin sunyi terutama apabila usia semakin tua. Dan opah semakin sibuk uruskan atuk yang sakit-sakit.
“Bila atuk masuk hospital, opah suruh emak telefon pakcik dan makcik suruh balik. Kerana atuk sering keluar masuk hospital, bukan selalu mereka boleh balik. Lagi sedih atuk duduk hospital kerajaan sebab atuk kakitangan kerajaan. Saya perhatikan banyak perbezaan antara atuk dengan adik atuk apabila sakit, anak-anak mereka masukkan ayah mereka di hospital swasta tapi atuk duduk hospital kerajaan. Sedangkan anak-anak atuk bergaji besar, konon.
“Ketika atuk meninggal dunia cuma emak, ayah dan kami adik-beradik yang mengadap. Anak-anak opah sampai setelah atuk dimandikan dan dikapankan, sementara yang di luar negara sampai sehari selepas atuk dikebumikan. Sementara cucu-cucu opah tidak semuanya dapat balik, termasuk menantu perempuan opah, sebab bekerja.
“Ketika atuk di hospital, emak dan opah sahaja yang sering datang menguruskan makan minum atok. Saya lihat opah memang sedih dan kecewa. Tapi opah diam. Lepas sehari atuk meninggal, masing-masing balik ke rumah mereka, tinggallah opah sendirian. Emak ajak opah tinggal bersama kami, tetapi opah tolak, dia tak mahu rumahnya tinggal. Jadi terpaksalah emak berulang alik jengok opah, dalam seminggu dua atau tiga kali.
“Untuk keselamatan opah, emak minta tolong saudara berdekatan datang jengok opah. Masa berlalu begitu pantas, ketika saya dan abang bekerja dan pindah ke bandar, emak terpaksa bawa opah tinggal bersamanya, sebab keadaan opah sering sakit dan emak tak mahu opah tinggal sendirian. Ada kalanya emak terpaksa tidur di hospital jaga opah beberapa hari.
“Sepanjang opah di rumah kami, saya dapat lihat dengan jelas anak-anak opah yang lain jarang datang jengok opah...,” Shaliza merumuskan ceritanya.
- See more at: http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/anak-bijak-berpangkat-belum-tentu-mahu-jaga-ibu-1.437890#sthash.79or8Wca.dpuf

Kredit : Utusan Online

Bill Gates, bakal bergelar trillionaire pertama dunia



PENGASAS Microsoft, Bill Gates, bakal bergelar trillionaire pertama dunia dalam tempoh 25 tahun lagi.





 WASHINGTON: Pengasas Microsoft, Bill Gates, bakal bergelar trillionaire pertama dunia dalam tempoh 25 tahun lagi. Pertubuhan kebajikan antarabangsa, Oxfam dalam laporannya berkata, Gates dijangka memiliki kekayaan bernilai AS$1 trilion (RM4.43 trilion) pada 2042 ketika berusia 86 tahun. Oxfam yang ditubuhkan pada 1942 berperanan meningkatkan kesedaran orang ramai bagi menangani masalah kemiskinan di seluruh dunia. Gates dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$50 bilion (RM221 bilion), ketika meninggalkan Microsoft pada 2006. CNBC dalam laporannya menyebut, jumlah kekayaan itu meningkat dalam tempoh sedekad, iaitu kepada AS$75 bilion (RM332 bilion) walaupun banyak membuat sumbangan menerusi yayasannya. "Dalam persekitaran seperti ini, apabila anda sudah terlalu kaya, anda tidak seharusnya berusaha keras untuk terus mengumpul kekayaan," kata Oxfam. Baru-baru ini, Oxfam melaporkan bahawa lapan hartawan paling kaya di dunia memiliki kekayaan bersamaan dengan kekayaan yang dimiliki 3.6 bilion penduduk dunia. Selain Bill Gate, tujuh lagi hartawan terbabit ialah pelabur, Warren Buffett; pengasas Inditex, Amancio Ortega; warga Mexico, Carlos Slim; Ketua Eksekutif Amazon, Jeff Bezos; pengasas Facebook, Mark Zuckerberg; pemilik Oracle, Larry Ellison dan bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg.- AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/241650

Kredit: BH online

Friday, 27 January 2017

10 Gambar Kantin Sekolah Ala Kafe Hipster

10 Gambar Kantin Sekolah Ala Kafe Hipster


0
2104
Mesti anda masih ingat bagaimana suasana kantin sekolah ketika zaman anda persekolahan anda dahulu. Lazimnya setiap kantin mempunyai meja makan yang besar dan kerusi kayu yang panjang. Dindingnya pula mesti mempunyai mural kata-kata motivasi.
Akan tetapi zaman kian berubah kerana perbezaan generasi sekarang lebih terdedah dengan trend semasa dan secara tidak langsung ia mempengaruhi cara hidup mereka.
Gaya hipster boleh katakan antara trend terkini yang mendapat perhatian ramai orang sehinggakan pelbagai kafe hipster dibuka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Oleh kerana jugalah sebuah kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Johor Bahru turut menerapkan gaya hipster untuk ruang kantin sekolah tersebut.
Kami kongsikan beberapa gambar sekitar kantin sekolah hipster ini yang buatkan kami tak akan ponteng sekolah.

1. Sekali tengok macam tak percaya ini adalah kantin sekolah

2. Agak-agaknya menu apa yang dihidangkan di kantin sekolah ini

3. Bukan sahaja tempat murid ala hipster, tempat cikgu tidak kalahnya

4. Anak murid mesti teruja nak datang sekolah setiap hari bila kantin macam ini

Mesti anda pun tak percaya kantin sekolah secantik ini dan mungkin juga anda pelajar sekolah ini atau pun bekas pelajar bolehlah kongsikan bersama kami kenangan anda sewaktu di sekolah ini.
Gambar: Facebook Saidah Abraham/Iman Iman

Kredit: Vitdaily( Padu Beb)

Material Story