Wednesday, 25 January 2017

7 Teknik Wanita Jepun untuk Tidak Gemuk Walaupun Makan Nasi


7 Teknik Wanita Jepun untuk Tidak Gemuk Walaupun Makan Nasi

SHARE
Image result for japangirl

Jika anda berbadan besar, anda mungkin anda rasa malu jika berada di negara Jepun kerana kebanyakan wanita di sana memiliki tubuh badan langsing.
Kalau anda lihat, cara pemakanan mereka tida jauh berbeza dengan orang Asia lain. Mereka tetap makan nasi seperti kita. Tapi apa rahsia mereka boleh kekal langsing?
Kami kongsikan 7 rahsia yang anda boleh ikut jika nak badan langsing seperti mereka.

1. Hanya ikan, soya, nasi, sayur dan buah

Jika anda ke restoran Jepun, anda akna melihat sebahagian besar makanan mereka hanya ikan bakar, sedikit nasi, sayur rebus dan semangkuk sup miso dah teh hijau serta buah-buahan untuk pencuci mulut.

2. Kuantiti kecil

Makanan yang disajikan juga hanya dalam mangkuk atau piring kecil je. Mereka juga mementingkan adab ketika makan antaranya:
– Menikmati makanan secara perlahan
– Pinggan tidak diisi penuh
– Setiap hidangan disajikan dalam pinggan berbeza
– Disarankan berhenti makan sebelum kenyang

3. Cara memasak yang sihat

Orang Jepun mengamalkan cara memasak yang sihat seperti mengukus, memanggang, menumis atau menggoreng dalam tempoh sekejap. Mereka lebih suka manikmati makanan segar dengan sos.

4. Jarang makan roti, hanya nasi

Walaupun berdiet mereka tetap akan mengambil nasi sebagai tenaga. Mereka tidak akan mengambil makanan berasaskan tepung seperti roti.

5. Sarapan dengan sup miso

Di Jepun sarapan sangat pentinf dan diambil dalam hidangan kecil. Semangkuk sup miso bersama telur dan nasi biasanya dinikmati di pagi hari sebelum keluar bekerja.

6. Tiada hidangan penutup

Makanan manis atau dessert selepas makan makanan berat bukan sesuatu yang wajib di Jepun. Biasanya merekaakan mengambil makanan manis di waktu malam.

7. Jika berat badan naik, mereka akan lebih aktif

Jika sedar berat badan naik, mereka akan bersenam dan juga akan berjalan kaki ke mana-mana.
Sumber: Vanilla Kismis
Kredit : RotiKaya

No comments:

Post a Comment

Material Story