Jamal bawa katil, ais krim pula ke bangunan pejabat MB
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos memperhebatkan kempennya menentang maksiat di Selangor dengan membawa sepuluh katil bujang ke bangunan pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.
Katil dengan tilam yang disaluti cadar tertera dengan perkataan 'DAP - Dapat Aiskrim Percuma' manakala bantal yang turut dibekalkan mempunyai perkataan 'Rumah Urut Selangorku'.
Jamal hari ini mencuri tumpuan dengan datang meninggang sebuah motorsikal Harley Davidson sambil membawa sebuah tong berisisi ais krim.
Beliau juga memakai kemeja T putih yang tertera dengan perkataan 'DAP - Dapat Aiskrim Percuma' dan 'Rumah Urut Selangorku'.
Namun Jamal dan kumpulannya dihalang daripada memasuki bangunan itu oleh pengawal keselamatan.
Pemimpin Umno yang sering berdemonstrasi dan menerajui gerakan Baju Merah itu mendakwa kerajaan negeri gagal mengetatkan kawalan ke atas rumah urut sehingga menjadikan Selangor sebagai pusat sarang pelacuran.
‘Persembahan’ juga diadakan di hadapan bangunan SUK dengan demonstrasi mengurut.
Seorang wanita mengurut seorang lelaki berbaju merah di salah satu katil yang dibawa itu.
"Dalam kaji selidik yang dibuat 200 sukarelawan kami dalam masa 40 hari lepas, (mendapati) kira-kira 4,000 pusat urut beroperasi di sekitar Selangor dengan banyak daripadanya dikesan di Ampang, Petaling Jaya dan Gombak.
“Aktiviti perniagaan yang dilesenkan pihak berkuasa tempatan, mendapat kebenaran SUK di bawah kerajaan yang tidak ada harapan ini secara tidak langsung menggalakkan aktiviti yang tidak sihat," katanya.
Beliau kemudiannya turut mengagihkan aiskrim yang dibawanya secara percuma dari tong yang dibawanya dengan label "Azmin Ais Krim, sekali rasa pasti nak lagi".
Ini dipercayai merujuk kepada dakwaan skandal seks yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang telah dinafikan.
Jamal pada 21 Disember lalu, mencetuskan kekecohan apabila tampil di bangunan SUK dengan bertuala sebagai bantahan terhadap pemotongan air di negeri itu.
Kredit : MalaysiaKini
No comments:
Post a Comment