TANAH MERAH - Laluan di Jalan Raya Timur Barat tidak jauh dari Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), di sini, dilimpahi air akibat hujan lebat awal pagi tadi.
Tinjauan di lokasi itu kira-kira jam 9.30 pagi mendapati, air melimpah dan bertakung sehingga menutupi sebahagian besar laluan utama berkenaan.
Kedudukan limpahan air berhampiran selekoh dilihat boleh membahayakan pengguna jalan berkenaan terutama apabila kenderaan dari kedua-dua arah berselisih kerana laluan dua hala itu menjadi satu lorong.
Jurutera Jajahan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Tanah Merah, Mazlan Mustafa ketika dihubungi berkata, senggaraan jalan persekutuan itu terletak di bawah syarikat swasta yang diberikan konsesi penyelenggaraan.
"Kami akan segera pasang papan tanda di kawasan ini sebagai amaran kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan," katanya.

kredit: Sinar Online