Wednesday, 25 January 2017

RAWATAN UNTUK SIHIR PEMISAH

RAWATAN UNTUK SIHIR PEMISAH




Yang paling penting untuk kita lakukan dalam melawan sihir ini adalah usaha menjauhkan diri dari bahaya sihir itu sendiri sebelum terjadi.
.
Cara yang paling penting dan bermanfaat ialah penjagaan dengan melakukan zikir yang disyari’atkan, membaca do’a dan ta’awwudz sesuai dengan saranan Rasulullah ‘Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
.
Nabi mengajarkan kepada Ibnu Abbas: “Wahai anak, jagalah Allah (selalu ingat Allah dalam hatimu), tentu Allah akan menjagamu…” (Hadis Sohih riwayat Imam Tirmizi)
.
Selain di atas, antara ayat-ayat al-Quran yang boleh dijadikan amalan untuk melawan sihir pemisah ini ialah seperti doa yang saya sertakan dalam gambar.
.
.
CARA AMALAN 
.
Amalkan doa yang diberi setiap kali selepas solat sebanyak 3 x. Niat dengan Allah untuk hancurkan segala sihir yang ada pada kita dan pasangan. 
.
Boleh juga sediakan air mineral (bukan air masak) semasa baca doa tersebut, kemudian buat minum berulang kali.
.
Antara amalan lain iaitulah pesakit mengamalkan makan cuka epal / delima / kurma dicampur dengan madu. Makan 2 kali sehari. Pagi dan sebelum tidur.
.
.
KESIMPULAN
.
Ancaman sihir yang berlaku saban hari ini bukanlah suatu metafora atau omongan kosong semata-mata. Ianya adalah realiti yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kita di luar sana. 
.
Selagi ada rasa dendam, dengki dan iri hati, selagi itulah iblis serta bala tenteranya akan terus berusaha menjerumus manusia kepada perkara-perkara yang terkeluar dari landasan syariat Islam. 
.
Tiada jalan lain untuk menangani masalah sihir yang dihadapi selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah. Firman-Nya yang bermaksud;
.
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu)” Surah At-Taghaabun Ayat 11
.
Dirikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian dan dugaan-Nya. 
.
Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada-Nya, diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan serta menangkis segala hasad dengki manusia dan tipu daya iblis laknatullah. 
.
Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Pelindung dan Maha Mengabulkan doa-doa hamba-Nya. 

kredit: Jom dakwah

No comments:

Post a Comment

Material Story