Tuesday, 14 February 2017

2 Tahun mengandung, wanita ini lahirkan Anak Kambing

2 Tahun Mengandung, Wanita Ini Lahir Anak Kambing?

Image result for mengandung anak kambing

HEBOH di bandar Port Harcourt, Nigeria seorang wanita yang hamil selama dua tahun dikatakan telah melahirkan seekor anak kambing.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan telah mendapatkan rawatan secara percuma dari sebuah klinik yang ditubuhkan oleh seorang paderi di bandar terbabit.
Kejadian aneh itu mendapat perhatian penduduk setempat dan beberapa media tempatan turut melaporkan kelahiran bayi berupa seekor anak kambing itu yang berlumuran darah di atas lantai simen.

Baca: Bangkai Anak Kambing Berupa Bayi Dihantar Ke Veterinar

Juga: Tiada DNA Manusia Pada Anak Kambing Mirip Wajah Manusia

Satu video berdurasi kurang satu minit yang dirakam menggunakan telefon bimbit dimuat naik untuk ‘mengesahkan’ kejadian yang berlaku.
Kejadian pelik itu pada mulanya disebarkan menerusi media sosial sebelum dimuat naik pula oleh beberapa media tempatan seperti Nigeria Today, The Daily Post dan The Herald.
Walau bagaimanapun, berita yang tersebar itu tidak dapat dipastikan kesasihannya. –
Kredit: MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Material Story