Fesyen Baju Ketat, Tudung Singkat Fathia Latiff Dihentam
Bukan mudah hidup sebagai selebriti popular. Semua tindak tanduk, tingkah laku dan cara pemakaian sentiasa menjadi perhatian.
Baru-baru ini, pelakon cantik Fathia Latiff menjadi buah mulut netizen berikutan fesyen bajunya yang ketat dan tudung singkat tidak sesuai buat muslimah bertudung.
Gaun warna biru yang digayakan olehnya ketika menghadiri majlis Gala Night anjuran Mood Republik Ahad lalu dikatakan terlalu seksi.
Netizen meluahkan rasa kecewa dan meningalkan komen berbaur negatif kerana pemakaian tersebut terlalu ketat, manakala tudungnya terlalu singkat dan tidak menutup dada.
Tidak kurang juga, ada netizen beranggapan Fathia bakal mengikut jejak langkah Uqasha Sesrose yang membuat keputusan untuk tidak berhijab selepas 3 tahun.
Kredit: Roti Kaya
No comments:
Post a Comment