7 SENTUHAN GHAIRAH SUAMI BUAT ISTERI KURUS & BAHAGIA. #3 & #6 AGAK GELI HATI
6 FEBRUARI 2017
TARIKH: 6 FEBRUARI 2017
Pelukan suami kepada isteri, dan vice versa, tidak boleh digantikan oleh apapun dan oleh sesiapapun. Tiada tolok bandingnya dengan kecanggihan teknologi dan sebagainya. Dan hanya boleh dilakukan oleh pasangan yang halal. Saling berpelukan akan menimbulkan perasaan kasih dan sayang, kerana yang memeluk adalah pasangan yang sah.
Para isteri, cuba bayangkan situasi ini, "Jika suami anda tidak memeluk, pasti semangat akan lemah kerana suami tidak ada di rumah dan jarang memeluk. Tetapi apabila suami memeluk, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga." Benar, bukan?
Dari sudut psikologi pula, ada kajian menyatakan bahawa pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormon cinta atau oxytocin atau 'cuddle hormone' dalam tubuh isteri dan memberikan efek tersebut.
Setiap kali anda memeluk pasangan dengan penuh ketulusan dan kasih sayang, bertambahlah harapan dalam hidupnya, kerana bertambah rasa bahagia dan kesihatan jiwanya. Lantas akan tampak pada penampilannya yang lebih terampil awet muda. Semakin sering dipeluk, semakin tambah awet muda.
Jadi kalau ada isteri yang tampak letih, lesu dan layu, dan tampak cepat berusia, lebih tua dari usia sebenarnya, mungkin juga barangkali kerana jarang dipeluk oleh suaminya. Jika suami jarang memeluk isteri, suasana jiwa istri akan menjadi ketagih atau "lapar perasaan". Ada tuntutan jiwa yang ingin dipeluk, dibelai dan dicuit, namun tidak dipenuhi. Tidak ada wujud hormon oxytocin yang dikeluarkan dari dalam tubuh isteri sehingga berasa kurang perhatian dan kurang bahagia.
Para suami cepatlah pulang dari pejabat dan peluklah isteri.
Jadi para suami, anda harus melakukan 7 sentuhan berhantu ini pada isterimu:
1. Peluklah isteri setiap hari
2. Belai lembut rambutnya
3. Sentuh wajahnya dan cium keningnya
4. Oles lembut lengannya
5. Geser jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. Cuit lembut punggungnya
7. Selalu menjaga pandangan mata anda dengan matanya
Pelukan itu bukan sahaja romantis, namun juga berpahala dan dapat menyenangkan hati isteri. Itulah yang bakal membuatkan isteri awet muda.
Menurut kata Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah pula, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
Pelukan suami dapat mengurangi tingkat kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Jadi suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan dianjurkan peluk isterinya lebih kerap.
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun. Hebat, bukan? Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan berbagai-bagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin ialah sejenis bahan kimia alami yang bertindak sebagai penahan sakit.
Selain itu, pelukan dan canda antara suami dan isteri juga merupakan sunnah Rasulullah SAW yang wajib kita amalkan.
Hubungan suami isteri dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan lebih menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seksual yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghias diri.
Paling tidak, setelah kita bersalaman dan suami mencium kening isteri sebelum keluar rumah, minta dipeluk sebentar. InshaaAllah, lama-lama apabila dilakukan akan ada perubahan sedikit demi sedikit dalam hubungan rumah tangga.
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hijabista
No comments:
Post a Comment