Tuesday, 7 February 2017

Giliran Chicken Attack Pula Tular Selepas PPAP

Giliran Chicken Attack Pula Tular Selepas PPAP



Sebelum ini, Netizen dikejutkan dengan lagu yang tular di sosial media iaitu lagu Pen Pineapple Apple Pen(PPAP). Lagu itu dimuatnaik di saluran YouTube Pika Taro. Kini, pengguna dunia maya dikejutkan dengan lagu berjudul “Chicken Attack”.
Lagu ini mempunyai beat yang sangat catchy ditambah pula dengan muzik videonya yang sangat menghiburkan. Ramai Netizen memuji suara penyanyi lagu ini. Lagu yang bertemakan tentang ayam itu telah dimuatnaik oleh Schmoyoho di akaun YouTube pada 25 Januari 2017.
Lagu tersebut dihasilkan oleh Schmoyoho dan penyanyi untuk lagu itu berasal dari Jepun, Takeo Ischi. Jom layan muzik video Chicken Attack kat bawah ni. Sehingga kini muzik video Chicken Attack telah ditonton lebih dari 1.5 juta pengguna internet.


Kredit YouTube Schmoyoho

No comments:

Post a Comment

Material Story