Thursday, 9 February 2017

Kenali 4 Jenis Lelaki Yang Perlu Dijauhkan Dari Dijadikan Teman Lelaki

Kenali 4 Jenis Lelaki Yang Perlu Dijauhkan Dari Dijadikan Teman Lelaki



Diolah oleh Syakireen Othman . Sumber dari Aliff Channel
Nak mencari pasangan hidup ini bukannya mudah. Banyak perkara perlu ditikberatkan kerana kekalnya perhubungan percintaan itu adalah disebabkan persefahaman masing-masing. Bagi wanita pula, ini ada beberapa jenis lelaki yang perlu dijauhi dari menjadi teman lelaki anda. Bukan apa, senang di kemudian hari dan tak lah anda menyeksa diri. Baca kat bawah ini:
1. Perangai Kebudak-Budakan
Jika terjumpa lelaki seperti ini sebenarnya mereka terlampau manja dan tak mampu untuk melakukan seorang diri. Dia pasti akan meminta bantuan kepada anda dalam apa jua perkara dan anda perlu menyediakan untuk mereka seperti menjaga bayi yang kecil.
2. Mempunyai Ego Yang Tinggi
Orang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi ni bukannya mudah untuk anda menangani. Anda akan rasa terkongkong dan perlu menuruti segala perintahnya. Lelaki seperti ini akan menentukan segala-galanya tanpa ada sebarang kompromi dan pastinya bukan mudah untuk anda mengatasi.
3. Terlalu Bergantung Harap Kepada Anda
Lagi payah kalau mendapat pasangan yang terlalu bergantung harap kepada anda. Cuma anda sahaja yang perlu berkorban melakukan segala-galanya tapi lelaki seperti ini tidak mahu melakukan perkara yang sama. 
4. Jenis Penggoda
Fuhhh...Ini lagi bahaya. Sedikit masa boleh sakit jiwa dibuatnya. Lelaki yang suka menggoda ini adalah jenis yang tidak akan memikirkan langsung perasaan anda. Pantang nampak wanita, pasti cuma menggoda meski pun wanita tersebut rakan baik anda. Lelaki seperti ini bukannya berniat mahukan perhubungan yang serius. Mungkin ada makna disebaliknya. Hati-hati jangan sampai yang ada makan hati.


Kredit: THR

No comments:

Post a Comment

Material Story