Tuesday, 7 February 2017

Gimnasium Bantu Lelaki 221 Kilogram Untuk Kurus, Sihat

Gimnasium Bantu Lelaki 221 Kilogram Untuk Kurus, Sihat

Gambar: Kosmo!
Seorang pengendali pusat kecergasan dan gimnasium, yang prihatin terhadap keadaan seorang lelaki obes di Kuala Nerus telah menawarkan perkhidmatan jurulatih kecergasan peribadi secara percuma kepada lelaki berkenaan.
Mohamad Faizal Md Ali, 28, yang kini seberat 221 kilogram akan menjalani latihan bersama pengendali pusat kecergasan, Mohd Faiuz Nasiruddin selama setahun.
“Faisal akan mengikuti pelan pengurusan berat badan antaranya meliputi kawalan pemakanan dan aktiviti fizikal dengan sasaran turun sekurang-kurangnya 70 kg dalam tempoh setahun,” menurut Fairuz seperti yang dilaporkan oleh Kosmo!.
Dalam masa yang sama, Faizal turut bertekad untuk kurus dan menjalani kehidupan seperti orang normal yang lain.
Buat masa kini Faizal hanya mampu bergerak dengan menggunakan alat bantu jalan, bahkan kehidupan sehariannya turut terasa perit kerana terpaksa dibantu ibunya seperti ketika hendak mandi dan makan.
SUMBER DAN GAMBAR: Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Material Story