Perkampungan Musang Comel Yang Menarik Di Jepun
Negara matahari terbit memang terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong untuk dikunjungi sama ada bercirikan kemodenan ataupun alam semulajadi.
Sewaktu kami kecil dahulu selalu juga dimomokkan dengan karakter musang yang garang namun apabila gambar pelbagai jenis musang yang terdapat di Miyagi Zao Fox Village, Shiroishi, Miyagi, Jepun terasa comel pula musang-musang di sana.
Kawasan ini adalah sebenarnya satu kawasan hutan perlindungan yang dipenuhi lebih daripada enam spesis musang dan mereka sangat mesra apabila dihalakan kamera untuk merakamkan kecomelan. Amboi bukan main lagi kan musang-musang di sini.
Apa yang menarik lagi tentang kawasan hutan ini adala ia merupakan habitat asal untuk musang-musang ini jadi apabila anda berkunjung ke tempat ini ia sebenarnya memberikan anda pandangan yang jelas bagaimana musang-musang ini hidup.
Bagi anda yang berkesempatan pergi ke negara Jepun apakata masukkan sekali tempat ini di dalam jadual perjalanan kerana ia boleh diakses dengan Shinkasen daripada Tokyo ke Stesen Shiroishizao dengan hanya dua jam perjalanan. Manakala caj masuk ke tempat ini juga berpatutan kerana hanyalah sekitar 1000 yen ataupun RM30.
Pastikan anda memakai kasut yang sesuai ketika di sini kerana pada musim sejuk tempat ini akan diliputi salji manakala ketika musim panas anda mungkin akan terpijak dengan najis musang.
Kredit: Vitdaily
No comments:
Post a Comment