Tips Buat ‘Rider’ Motor, Cara Ini Boleh Dilakukan Bila Tayar Motor Pancit Di Tengah ‘Highway’ Atau Kawasan Yang Tiada Orang
Begitu juga buat mereka yang membonceng motosikal, yang mana sering berhadapan dengan situasi tayar motor pancit, bocor atau pecah, dan ia adalah satu dugaan yang ingin dielakkan. Lebih-lebih lagi jika bersendirian, dan berada di jalan yang sunyi, atau kurang pengguna.
Bila dah berhadapan dengan situasi macam ni, nak tak nak, kena jugalah menolak motor, kalau tunggu sahaja, entah ada yang nak tolong atau tidak. Tapi, kita pun tidak tahu sejauh mana nak menolak motor, kalau naik sahaja, rosak pula rim motor tersebut.
Namun, sebenarnya ada cara yang anda boleh lakukan, dan gunakan bila mana berada dalam situasi ini, dan menurut dari perkongsian saudara Zubair Suhaimi, anda masih boleh membonceng motor, walau tayar sudah pecah . Ingin tahu bagaimana, jom kita ikuti perkongsian darinya.
1. Cari bahan lembut seperti pakaian, surat khabar, rumput, daun, atau banner iklan yang mudah didapati ditepi jalan.
2. Gulungkan dan masukan ke dalam tayar luar. Bahan ini digunakan sebagai alas supaya rim tidak rosak dan tayar tidak gelong.
3. Jika tayar belakang yang pecah, duduk dihujung depan kerusi. Bawa dengan perlahan sehingga kawasan selamat atau sehingga berjumpa kedai motorsikal.
Pastikan sentiasa periksa keadaan tayar anda. Jika tarikh pada tayar dah melebihi masa yang sepatutnya, tukar tayar baru bagi memastikan perjalanan anda selamat.
- Siakap Keli

No comments:
Post a Comment